HASIL KAJIAN
1)Perayaan Tradisi
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai
meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di
Sabah. Pesta Kaamatan biasanya disambut sepanjang bulan Mei, bermula dari awal bulan.
Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upacara kemuncak
yang dijalankan oleh Bobohizan atau "ketua bomoh."
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'. Manakala
µMagavau¶ pula adalah upacara kesyukuran yang penting, dijalankan oleh bobohizan. Magavau
dijalankan di sawah padi pada malam bulan mengambang pertama selepas menuai. Bobohizan
akan membaca mentera dan seorang pahlawan dengan pakaian tradisi berjalan menghayun
pedang untuk menghalau roh jahat. Makanan terbaik seperti tapai dan nasi akan disajikan
sebagai jamuan terhadap roh.
Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka mempercayai terdapat lima
jenis makhluk halus yang dikenali sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta ,
Rusad semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat manusia, Tombivo
semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon semangat jahat.
Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada
Kinoingan - yang juga dikenali sebagai Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat
berkuasa sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon amat dimuliakan
pada pokok padi, beras, dan nasi. Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.
Tujuan perayaan ini ialah untuk memanggil, memuja dan memberi makan kepada semangat padi
supaya hasil padi akan bertambah setiap tahun.
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan
bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras" dihidangkan sebagai minuman istimewa
Pesta Kaamatan. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian
Tadau Ka'amatan' yang bermaksud µSelamat Hari Menuai¶.
2)Latar Belakang
2.1)Lagenda Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan atau dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan
khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara
tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan
selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh
Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang
bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti
Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS,
bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.
2.2)Asal Usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum
Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang
anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun
daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan
terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan
mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah
mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita
sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat
Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu
mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan
( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan
agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap
semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam
ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.
2.3)Festival ini menjalani 6 upacara secara berperingkat ;-
1) Upacara Kumogos ± dilakukan apabila padi yang ditanam masak menguning dan sedia
untuk dituai. Bobohizan akan turun ke sawah untuk memilih dan membuat tanda di satu
kawasan sawah yang mempunyai buah padi yang terbaik. Beliau akan memilih dan
mengikat sebanyak tujuh tangkai padi yang terbaik dan membiarkannya tanpa dituai.
Ikatan padi ini hanya akan dituai selepas penuaian padi selesai dijalankan. Beliau
kemudiannya memotong tujuh tangkai padi yang lain dan menyelerakkannya di sekeliling sawah. Perkara ini dibuat untuk memberitahu semangat-semangat lain yang mungkin ada di sekitarnya bahawa mereka juga akan mendapat bahagian masing-masing dan juga
supaya mereka tidak mengganggu kerja penuaian yang akan dijalankan.
2) Upacara Kumotob ± dilakukan di kawasan sawah yang belum dituai.Bobohizan memilih
tujuh tangkai padi yang terbaik daripada serumpun padi yang diikat terlebih dahulu.
Tujuh tangkai padi ini dituai dan diikat berhati-hati serta disimpan ke dalam bakul yang
dipanggil Tadang. Sawah itu kemudiannya dituai dan padi yang dituai dijadikan sebagai
benih untuk ditanam pada musim yang akan datang.
3) Upacara Poposisip ± dilakukan di dalam rumah padi itu, sambil membaca mantera,
Bobohizan mengeluarkan ikatan padi tadi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang
buluh yang ada di tempat simpanan padi (Tangkob). Mantera seterusnya dibaca untuk
memohon semangat padi itu untuk tinggal di dalam rumah padi tersebut sehingga musim
menanam tiba apabila semangat padi dipohon turun ke sawah.
4) Upacara Popoiib ± dijalankan apabila padi yang dituai mahu disimpan di dalam Tangkob,
Bobohizan dengan menggunakan nyiru, membubuh padi dengan berhati-hati ke dalam
Tangkob. Beliau kemudiannya membaca mantera memohon supaya semangat padi
menjaga dengan baik akan padi yang tersimpan di dalam Tangkob agar pemiliknya dapat
menikmati nasi yang baik.
5) Upacara Magavau ± merupakan peringkat yang terpenting dalam turutan peristiwa yang
dijalani semasa pesta kaamatan. Upacara ini bertumpukan kepada pemulihan dan
penawaran makanan kepada Bambazon/Bambarayon. Pada masa lalu, upacara Magavau
dilakukan di sawah pada malam pertama bulan purnama setelah panen. Dewasa ini,
upcara ini dijalankan di rumah pemilik lading.
6) Upacara Humabot ± merupakan peringkat yang terakhir dan dijalankan dalam keadaan
bersuka-ria dan berhibur. Upacara ini kini dirayakan setahun sekali(pada 30-31 Mei) di
seluruh kampung, daerah dan negeri. Pelbagai bentuk hiburan dan aktiviti seperti tarian
dan sukan tradisional dilangsungkan dan klimaks upacara adalah pemilihan Unduk
Ngadau( Ratu Pesta Menuai). Pemenang Unduk Ngadau melambangkan Huminodun,
anak perempuan Kinoingan yang dikorbankan.
2.4) Tempat khusus klimaks perayaan dijalankan;-
Satu tempat khusus akan disediakan bagi orang ramai berkumpul untuk menyaksikan dan menyambut klimaks perayaan pesta menuai ini. Bangunan khas ini berupa pentas dan dihiaskan pula dengan cantiknya seperti dibubuh bunga-bunga, tirai dan sebagainya. Pada masa ini, dewan orang ramai atau dewan masyarakat yang sering terdapat di satu-satu tempat seperti di kampung atau di sesuatu daerah biasanya akan dijadikan pentas dan orang ramai akan berkumpul di sekitarnya. Tempat-tempat bagi menyambut perayaan ini biasanya terletak di kawasan pertemuan atau pusat perkumpulan kaum tani di sekitar kampung itu atau daerah, maka sebab itulah dewan orang ramai dianggap paling sesuai.
3)PersiapanSambutan Perayaan
3.1) Sebelum perayaan
Sebelum tiba hari perayaan ini, biasanya setiap keluarga orang Kadazan ini akan sibuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan hari yang mulia ini. Antara persiapannya termasuklah membersihkan kawasan rumah dan sekitarnya supaya roh-roh nenek moyang dan semangat-semangat yang datang melawat atau kembali ke situ akan gembira melihatnya dan tidaklah mereka akan merasuk dan menyakitkan manusia. Disamping itu, mereka juga sibuk membuat makanan dan minuman seperti kuih-muih dan diantara benda utama yang mesti disediakan ialah air tapai atau tuak. Oleh itu, setiap keluarga akan membuatnya dengan banyak untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang pada hari perayaan itu kelak, kuih-muih dan makanan lain juga disediakan.
3.2) Semasa perayaan
Semasa merayakan pesta ini setiap keluarga biasanya akan menyembelih ayam untuk dibuat lauk semasa makan sesama sendiri dan untuk dihidangkan kepada tetamu. Bagaimanapun semasa menyambut perayaan yang diadakan di tempat khas seperti di pentas dewan masyarakat atau lain-lainnya tidak ada dihidangkan makanan kecuali miniman air tapai dan sedikit makanan ringan sahaja.
Di hari pertama menyambut pesta ini maka orang ramai akan berkumpul di tempat yang sudah ditetapkan untuk upacara pemujaan semangat padi ini. Upacara ini disebut mogendi iaitu adat pemujaan. Ia biasanya akan dilakukan dan diketuai oleh orang-orang tua lelaki dan perempuan yang dianggap sebagai pawang atau bomoh berpakaian tradisional dan dipanggil dalam bahasa Kadazan sebagai bobohizan.
Sebaik selesai majlis pemujaan semangat padi itu maka orang ramai akan dihidangkan dengan minuman air tapai. Selesai minum atau sambil minum bersama-sama dengan roh-roh nenek moyang dan lain-lain makhluk halus ini maka dimainkan alat muzik tradisional seperti gong, tetawak, canang, celempung dan sebagainya dan kadang-kadang termasuk juga alat-alat muzik yang ditiup bernama µsompoton¶.
Biasanya penari-penari tarian rakyat yang di panggil sumazau sering ditarikan secara berpasangan lelaki perempuan sebanyak tiga atau empat pasang. Pada sebelah malam biasanya diadakan pemilihan ratu pesta menuai bagi tahun itu. Pemenang ratu ini akan diberikan berbagai hadiah yang menarik seperti wang tunai, piala, alat solek, dan lain-lain.
Pada hari berikutnya diadakan pula permainan atau pertandingan yang lain seperti berlawan atau meminum tapai, memalu gong, menari pahlawan dan memalu bunyi-bunyian yang dipanggil µtangguguk¶ yang diperbuat daripada buluh atau permainan gong kecil disebut µkulintangan¶. Kadang-kadang diadakan peraduan menunggang kerbau, pakaian beragan atau sukan.
Perayaan pesta menuai ini biasanya akan berjalan selam dua malam sahaja dan semasa penutupannya maka mereka akan berkumpul dan menyanyikan lagu tradisional memuja semangat padi.
3.3) Selepas perayaan
Selepas perayaan, semua orang akan bergotong-royong untuk membersihkan kawasan dengan penuh harapan hasil tanaman mereka bertambah pada masa hadapan dan bersyukur dengan hasil tanaman tahun ini
3.4) Peraturan / Pantang Larang / Amalan Sampingan
Masyarakat etnik di Sabah, khususnya Kadazandusun mempunyai sejarahnya tersendiri dari segi adat-istiadat, pantang-larang, pakaian tradisional, makanan dan sehinggalah meminum tapai. Amalan budaya turun temurun daripada nenek moyang ini menjadi ikutan sehingga sekarang.
Walau bagaimanapun, budaya untuk memenggal kepala manusia sudah dihapuskan. Ini berikutan zaman sudah pun berubah dan pengembangan agama di kalangan masyarakat Kadazandusun menyedarkan mereka bahawa budaya `potong kepala¶ adalah salah disisi undang- undang dan tidak boleh diamalkan lagi. Oleh itu, ramai masyarakat Kadazandusun mengambil keputusan untuk menguburkan tengkorak-tengkorak yang selama ini diletakkan di atas pintu masuk rumah. Ada juga yang diambil oleh pihak Muzium Sabah bagi tujuan tatapan generasi muda sebagai satu bahan sejarah. Sabah sememangnya kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya.Bagi masyarakat Kadazandusun, tapai adalah minuman tradisional yang perlu ada dalam
kehidupan sebagai lambang atau adat atau amalan sejak turun-menurun. Sebelum adanya minuman keras seperti Beer, Liqour dan lain-lain lagi, tapai sudah menjadi sinonim dengan masyarakat Kadazandusun.
Antara faktor-faktor budaya minum tapai ialah kepercayaan kepada semangat padi (Pesta Kaamatan), adat, majlis perkhawinan, majlis keramaian, majlis rumah terbuka, majlis meraikan tetamu, majlis pembukaan sebelum perbincangan tunang, kematian, gotong-royong dan sebagainya.
Tujuannya adalah untuk menghormati tetamu dan sesiapa sahaja yang datang. Di samping itu juga, meminum tapai akan memanjangkan masa berbual-bual lebih lama lagi dengan rakan-rakan atau saudara mara kerana `jarang-jarang¶ bertemu. Meminum tapai juga boleh mengeratkan tali persaudaraan iaitu dengan cara menunjukkan bakat menyanyi, menari, bermain guitar, memukul gong, bertukar-tukar pendapat, berbincang tentang politik, pertanian, pekerjaan, memburu dan sebagainya.
Bagi golongan remaja pula mereka akan mengambil kesempatan untuk bertemu dan berbual-bual sambil minum tapai dengan kawan-kawan mereka. Manakala golongan dewasa atau yang berumur akan bertukar-tukar pendapat atau membincangkan masalah di kampung.
Kadang-kadang masalah akan timbul apabila kedua-dua pihak yang berbincang itu tidak sehaluan pendapat. Apa lagi kalau sudah meminum tapai, keberanian meluahkan perasaan itu timbul semasa minum tapai sehingga berlaku pertengkaran dan seterusnya terjadi lah pergaduhan.
Pada kebiasaannya, kedua-dua pihak tadi akan berdamai pada keesokkan hari dengan memberikan `sogit¶ samada seekor ayam atau seekor babi kepada tuan rumah tempat mereka minum tapai. Pada hari ini, `sogit¶ sudah dinaikkan kepada seekor kerbau sebagai satu pengajaran kepada peminum-peminum yang suka membuat gaduh.
Antara tujuannya adalah untuk memberi peringatan dan menghalang mereka yang sengaja menganggu keramaian yang sedang berlangsung. Dengan adanya peraturan baru itu, `sogit¶ lebih bermakna lagi dan sangat berkesan sekali kepada peminum-peminum tapai agar berhati-hati dalam pergaulan semasa minum tapai.
4) Kesan Perayaan
4.1) Kesan Kekeluargaan
Melalui perayaan ini, seseorang itu dapat mengeratkan hubungannya dengan keluarga dengan cara makan beramai-ramai. Apabila melakukan acara ini, seseorang itu akan berasa sangat hampir dengan keluarganya terutama jika mereka sentiasa berjauhan dengan keluarga. Di samping itu, sanak saudara yang duduk berjauhan juga akan kembali berkumpul.
Mereka akan mencuci rumah. Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama di dalam sesebuah keluarga itu wujud dan kesannya amat ketara. Golongan muda pula akan melawat golongan tua bagi menunjukkan rasa hormat mereka terhadap golongan tua.
4.2) Kesan Perpaduan
Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Terdapat pelbagai perayaan di
Malaysia. Masyarakat Malaysia yang sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu terhadap
sesuatu itu akan mewujudkan perpaduan melalui perayaan yang terdapat di negara ini.
Contohnya seorang remaja Melayu bersama keluarganya mengunjungi sahabatnya yang
berbangsa Kadazan serta membawa buah tangan untuk diberikan kepada keluarga sahabatnya itu.
Ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sesama kaum.
4.3) Kesan Pengetahuan
Sebagai seorang rakyat Malaysia, banyak benda yang boleh diambil sebagai iktibar,
pengajaran dan pelajaran. Melalui kajian mengenai perayaan Pesta Kaamatan ini, banyak
pengetahuan yang telah saya dapati. Walaupun kehidupan kini serba moden, adat resam masih
dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.
Malah, kebanyakan remaja Kadazandusun masih mempercayai dan mengamalkan adat
berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman seperti pantang larang ketika
sambutan perayaan terbabit.
4.4) Kesan Pelancongan
Malaysia kaya dengan perayaannya yang pelbagai. Oleh itu, Malaysia pasti akan menjadi
tumpuan pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Kerajaan
Malaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui kemasukan pelancong yang datang
pada musim perayaan.
sumber :http://yusofarsad.blogspot.my/2010/06/tentang-pesta-kaamatan.html